Monday, 23 May 2011

Hadis 13 - Ukhwah Islamiah

Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a., pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

Maksudnya : "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

(Riwayat al Bukhari no. 13, Muslim no. 45 dan Ahmad no. 18076)

1. Hubungan seorang mukmin dgn mukmin yg lain seperti jasad yg memiliki satu nyawa. Dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
2. Jauhilah perbuatan hasad dengki kerana ia bertentangan dengan kesempurnaan islam.
3. Iman boleh bertambah atau berkurang. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
4. Kita hendaklah bersatu hati sesama umat islam.

No comments:

Post a Comment