Monday, 14 September 2015

HADIS 19 - PELIHARALAH ALLAH NESCAYA ALLAH PELIHARA KAMU.



HADIS 19
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ االلهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ االله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى االله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ االله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ االله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ االله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ االله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ االله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ االله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى االلهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُنْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا ))
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.عنهما االله رضي beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-
lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: 
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, 
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak 
menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap 
menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan
tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah
sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah
SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi
manusia kecuali Allah SWT jua.
Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab
dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada
mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong
melakukannya.
Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap

keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.

No comments:

Post a Comment