Wednesday, 25 May 2011

Hadis 14 - Halalnya darah seorang muslim.

Daripada Ibn Masud r.ra berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang di sembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara : Berzina padahal dia sudah berkhawin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad)"

Riwayat Al Bukhari, no. 1676 dan muslim, no 1676.

1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin (menghukum bunuh) kecuali kerana 3 sebab diatas.
2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama.
3. Pendidikan bagi masyarakat untuk takut kepada Allah SWT dan selalu merasai diawasi oleh - Nya dalam keadaan tersembunyi atau terbuka.

No comments:

Post a Comment