Monday, 11 April 2011

Hadis 2 - Iman, Islam dan Ihsan.

Daripada Umar r.a. berkata :
" Pada suatu ketika kami sedang berada di dalam sebuah majlis bersama Rasullalah SAW, tiba-tiba tampil dihadapan kami seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, tidak seorang pun antara kami mengenalinya. Lalu duduklah nya di hadapan Rasullalah SAW, kemudian menyandarkan lutut nya pada nabi dan meletakkan tangan di atas peha nabi, selanjutnya dia berkata : ' Hai Muhammad beritahukan kepada ku tentang islam' Rasulullah menjawab : 'Islam itu, engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadan dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya'. Orang itu berkata: 'engkau benar'. Kami pun berasa hairan, kerana ia bertanya lalu membenarkan.Orang itu berkata lagi: ' beritahukan kepada ku tentang iman' Nabi SAW menjawab: ' Engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitab Nya, kepada utusan-utusan Nya, kepada hari kiamat dan kepada takdir mahu pun yang baik atau yang buruk'. Berkatalah orang itu tadi :'Engkau benar'. Orang itu berkata lagi: ' Beritahukan kepada ku tentang ihsan.' Nabi SAW berkata:' Engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat- Nya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.' Orang itu berkata lagi :' Beritahukan kepada ku tentang kiamat'. Nabi SAW menjawab: ' Jika hamba perempuan telah melahirkan tuanyan, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki,tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan'. Kemuadian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih dalam tercenggang (beberapa lama). Kemudian Nabi SAW berkata : ' Dia lah Jibrail. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu'.

( Riwayat Muslim no. 8, Abu Daud no 4695 )

No comments:

Post a Comment