Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin Al Khatab r.a berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kapada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan nya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak di nikahinya, dia akan mendapat apa yang di niatkan nya."
Hadis ini menerangkan bahawa setiap perbuatan atau amalan manusia itu bergantung kepada niatnya. Kita hendaklah ikhlas dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagian didunia dan pahala diakhirat.
No comments:
Post a Comment