Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu jelas dan haram itu juga jelas, dan diantara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa yang menjaga dirinya daripada yang syubhah itu. Bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh kepada perkara yang haram; seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk kedalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baik lah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah HATI."
(Riwayat al-Bukhari no. 52, Muslim no. 1599 dan Abu Daud no 3329)
No comments:
Post a Comment