Thursday, 14 April 2011

Hadis - 4 Tahap Penciptaan Manusia Ketentuan dan Kesudahannya.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, bahawa Rasullalah SAW yang jujur, benar lagi dibenarkan telah bersabda:
" Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama 40 hari dalam bentuk nuthfah(sperma), kemudian menjadi alaqah(segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara: rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada tuhan selain Nya, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk kedalamnya. Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ade lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, dia pun masuk kedalam syurga."
(Riwayat al Bukhari no.3208 dan Muslim no. 2643)

Hadis ini menerangkan tentang kejadian manusia dan takdir yang telah ditulis. Ia juga menyatakan bahawa kita tidak dapat memastikan seseorang itu akan masuk syurga atau neraka dengan amalannya di dunia ketika ini. Kita juga tidak boleh terlalu yakin  atau bangga dengan amalan yang kita lakukan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan (khatimah) hidup kita.

No comments:

Post a Comment