Sunday, 24 April 2011

Hadis 10 - Baik dan Halal, Syarat diterima Doa.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tiada menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada  orang Mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul. Allah berfirman:' Hai para rasul makan lah segala sesuatu yang baik dan kerjakan segala amalan yang soleh'( surah Al-Mukminun 23:51). Dia juga berfirman: ' Hai orang yang beriman, makan lah apa-apa yang baik daripada yang telah kami rezekikan kepadamu.'(Surah Al- Baqarah 2:172). Kemudian Rasululah SAW menceritakan perihal seorang yang menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu. Dia menadahkan kedua-dua tangan nya kelangit dan berkata: Wahai tuhan, wahai tuhan' sedangkan makanan nya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya (doanya)?"

(Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no 1015 dan al-Tirmizi no. 2922)

No comments:

Post a Comment