Friday, 15 April 2011

Hadis 5 - Amalan yang tertolak.

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah r.ha, berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Sesiapa mengada-ngadakan yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak."
(Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no. 4589 dan Abu Daud no. 4608)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
" Sesiapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak."

Agama Islam ialah agama yang sempurna dan tidak ada kurangnya. Islam adalah agama yang berdasarkan ittibak (mengikut berdasarkan dalil) dan bukan ibtidak (mengada-ngadakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah SAW telah berusaha menjaganya daripada sikap yang berlebih-lebihan dan mengada-adakan.

No comments:

Post a Comment