Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasullulah SAW bersabda :
Maksudnya: "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakan lah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)."
Riwayat al-Bukhari, no 6777 dan Muslim no. 1337)
Pengajaran hadis ini.
1. Jangan membanyakkan pertanyaan atau soalan tentang perkara yang belum pernah terjadi, yang sukar difahami dan yang menimbulkan masalah yang meyulitkan dan menyempitkan hukum agama.
2.Sesuatu yang di diamkan itu merupakan rahmat bagi kamu, maka jangan lah bertanyakan lagi. Seperti firman Allah yhang bermaksud : "wahai orang yg beriman, jangan lah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu, akan menyusahkan kamu." (Surah al Ma'idah 5:101)
No comments:
Post a Comment