Akal yang waras boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk dan yang salah dengan yang benar. Inilah tenaga yang sentiasa mengarahkan kepada kebaikan dan menyeru kepada keadilan. Sifatnya kedamaian, kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, berusaha membaiki masyarakat, ingin maju dan gigih berikhtiar.
Akal yang merosakkan. Akal ini tunduk kepada pengaruh runtunan nafsu dan naluri yang tidak sihat seperti tamak, dengki, malas, bangga diri, menikam kawan dari belakang, menindas dan pelbagai lagi perkara buruk.
Rasulullah s.a.w bersabda daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" wahai anak Adam, ingat lah kepada ku setiap saat pagi dan petang, nescaya ku jamin untuk mencukupi keperluan diantara kedua masa tersebut."
Al Junid al Baghdadi berkata:
" Orang yang berakal sihat ialah mereka yang menyelidiki sesuatu sebelum bertindak. Mereka mencari yang lebih utama untuk dikerjakan dan mendahulukan daripada yang lain. Mereka selalu mengikut petunjuk Allah dan Rasulullah s.a.w dalam membezakan apa yang berguna atau mudarat baginya di dunia dan di akhirat."
Oeh itu IMAN IALAH PEMANDU HATI setiap umat.
No comments:
Post a Comment