Monday, 30 May 2011

DHANIFX: Hadis 15 - Etika Orang Beriman

DHANIFX: Hadis 15 - Etika Orang Beriman: "Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa sesungguhnya Rasullulah SAW bersabda : Maksudnya : 'Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari ki..."

Sunday, 29 May 2011

Hadis 15 - Etika Orang Beriman

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa sesungguhnya Rasullulah SAW bersabda :

Maksudnya : "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya. dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.

(Riwayat al Bukhari, no. 5672 dan Muslim no.47)

Wednesday, 25 May 2011

Hadis 14 - Halalnya darah seorang muslim.

Daripada Ibn Masud r.ra berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang di sembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara : Berzina padahal dia sudah berkhawin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad)"

Riwayat Al Bukhari, no. 1676 dan muslim, no 1676.

1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin (menghukum bunuh) kecuali kerana 3 sebab diatas.
2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama.
3. Pendidikan bagi masyarakat untuk takut kepada Allah SWT dan selalu merasai diawasi oleh - Nya dalam keadaan tersembunyi atau terbuka.

Monday, 23 May 2011

DHANIFX: Hadis 13 - Ukhwah Islamiah

DHANIFX: Hadis 13 - Ukhwah Islamiah: "Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a., pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda : Maksudnya : 'Tidak beriman (secara sempurna) seseoran..."

Hadis 13 - Ukhwah Islamiah

Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a., pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

Maksudnya : "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

(Riwayat al Bukhari no. 13, Muslim no. 45 dan Ahmad no. 18076)

1. Hubungan seorang mukmin dgn mukmin yg lain seperti jasad yg memiliki satu nyawa. Dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
2. Jauhilah perbuatan hasad dengki kerana ia bertentangan dengan kesempurnaan islam.
3. Iman boleh bertambah atau berkurang. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
4. Kita hendaklah bersatu hati sesama umat islam.

Salam semua.

Assalamualaikum, minta maaf sebab dah lama tak up date blog nie. Insya Allah saya akan teruskan dengan hadis yg seterusnya.