Monday, 25 April 2011
DHANIFX: Hadis 12 - Kesempurnaan Islam Seseorang.
DHANIFX: Hadis 12 - Kesempurnaan Islam Seseorang.: "Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasullulah SAW bersabda: Maksudnya: 'Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseo..."
Hadis 12 - Kesempurnaan Islam Seseorang.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasullulah SAW bersabda:
Maksudnya: "Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya."
(Riwayat al-Tirmizi no. 2318,2319. Ibn Majah no. 3976, Ahmad no. 1732 dan al-Baihaqi)

Hadis 11 - Tinggalkan yang Meragukan.
Daripada Abu Muhammad Al Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a., cucu kesayangan Rasullulah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu daripada sabda Rasullulah SAW :
Maksudnya :"Tinggalkan lah apa yang meragukan mu dan kerjakan lah apa yang tidak meragukanmu."
( Riwayat al Tirmizi no. 2518, al Nasai no. 5711, 8/327-328, Ibn Hibban dan al Hakim)
Apabila perasaan syak atau ragu-ragu itu besar, maka tidak perlu diperhatikan, kerana akan mengakibatkan was-was. Tinggalkan lah keraguan ini dan tetaplah kepada hukum asal.

Sunday, 24 April 2011
Hadis 10 - Baik dan Halal, Syarat diterima Doa.
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tiada menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada orang Mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul. Allah berfirman:' Hai para rasul makan lah segala sesuatu yang baik dan kerjakan segala amalan yang soleh'( surah Al-Mukminun 23:51). Dia juga berfirman: ' Hai orang yang beriman, makan lah apa-apa yang baik daripada yang telah kami rezekikan kepadamu.'(Surah Al- Baqarah 2:172). Kemudian Rasululah SAW menceritakan perihal seorang yang menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu. Dia menadahkan kedua-dua tangan nya kelangit dan berkata: Wahai tuhan, wahai tuhan' sedangkan makanan nya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya (doanya)?"
(Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no 1015 dan al-Tirmizi no. 2922)

Hadis 9 - Pilih yang Mudah dan Tinggalkan yang Susah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasullulah SAW bersabda :
Maksudnya: "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakan lah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)."
Riwayat al-Bukhari, no 6777 dan Muslim no. 1337)
Pengajaran hadis ini.
1. Jangan membanyakkan pertanyaan atau soalan tentang perkara yang belum pernah terjadi, yang sukar difahami dan yang menimbulkan masalah yang meyulitkan dan menyempitkan hukum agama.
2.Sesuatu yang di diamkan itu merupakan rahmat bagi kamu, maka jangan lah bertanyakan lagi. Seperti firman Allah yhang bermaksud : "wahai orang yg beriman, jangan lah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu, akan menyusahkan kamu." (Surah al Ma'idah 5:101)

Monday, 18 April 2011
Hadis 8 - Kehormatan Seorangn Muslim
Daripada Ibn Umar r.a berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda:
Maksudnya: "Saya di utus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka mengerjakan hal itu, beerti mereka telah menjaga darah dan hartanya daripadaku, kecuali menurut hukum Islam dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah SWT."
( Riwayat al Bukhari no. 25, Muslim no. 22 dan Ahmad no. 68)

Hadis 7 - Agama Itu Nasihat
Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamin bin Aus ad-Dariy r.a , bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda :
Maksudnya : Agama itu nasihat, kami bertanya : "Untuk siapa?" Baginda menjawab : "Untuk Allah , kitab -Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan bagi manusia umumnya."
( Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu daud no. 4944)

Friday, 15 April 2011
Hadis 6 - Halal dan Haram
Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu jelas dan haram itu juga jelas, dan diantara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa yang menjaga dirinya daripada yang syubhah itu. Bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh kepada perkara yang haram; seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk kedalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baik lah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah HATI."
(Riwayat al-Bukhari no. 52, Muslim no. 1599 dan Abu Daud no 3329)

Hadis 5 - Amalan yang tertolak.
Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah r.ha, berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Sesiapa mengada-ngadakan yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak."
(Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no. 4589 dan Abu Daud no. 4608)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
" Sesiapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak."
Agama Islam ialah agama yang sempurna dan tidak ada kurangnya. Islam adalah agama yang berdasarkan ittibak (mengikut berdasarkan dalil) dan bukan ibtidak (mengada-ngadakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah SAW telah berusaha menjaganya daripada sikap yang berlebih-lebihan dan mengada-adakan.

Thursday, 14 April 2011
Hadis - 4 Tahap Penciptaan Manusia Ketentuan dan Kesudahannya.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, bahawa Rasullalah SAW yang jujur, benar lagi dibenarkan telah bersabda:
" Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama 40 hari dalam bentuk nuthfah(sperma), kemudian menjadi alaqah(segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara: rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada tuhan selain Nya, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk kedalamnya. Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ade lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, dia pun masuk kedalam syurga."
(Riwayat al Bukhari no.3208 dan Muslim no. 2643)
Hadis ini menerangkan tentang kejadian manusia dan takdir yang telah ditulis. Ia juga menyatakan bahawa kita tidak dapat memastikan seseorang itu akan masuk syurga atau neraka dengan amalannya di dunia ketika ini. Kita juga tidak boleh terlalu yakin atau bangga dengan amalan yang kita lakukan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan (khatimah) hidup kita.

Tuesday, 12 April 2011
Hadis 3 - Rukun Islam yang lima.
Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin Al-Khatab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasullulah SAW bersabda:
"Islam di dirikan atas lima perkara iaitu : Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan."
( Riwayat al Bukhari Kitab Al Imam ayat no. 8)

Monday, 11 April 2011
Hadis 2 - Iman, Islam dan Ihsan.
Daripada Umar r.a. berkata :
" Pada suatu ketika kami sedang berada di dalam sebuah majlis bersama Rasullalah SAW, tiba-tiba tampil dihadapan kami seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, tidak seorang pun antara kami mengenalinya. Lalu duduklah nya di hadapan Rasullalah SAW, kemudian menyandarkan lutut nya pada nabi dan meletakkan tangan di atas peha nabi, selanjutnya dia berkata : ' Hai Muhammad beritahukan kepada ku tentang islam' Rasulullah menjawab : 'Islam itu, engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadan dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya'. Orang itu berkata: 'engkau benar'. Kami pun berasa hairan, kerana ia bertanya lalu membenarkan.Orang itu berkata lagi: ' beritahukan kepada ku tentang iman' Nabi SAW menjawab: ' Engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitab Nya, kepada utusan-utusan Nya, kepada hari kiamat dan kepada takdir mahu pun yang baik atau yang buruk'. Berkatalah orang itu tadi :'Engkau benar'. Orang itu berkata lagi: ' Beritahukan kepada ku tentang ihsan.' Nabi SAW berkata:' Engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat- Nya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.' Orang itu berkata lagi :' Beritahukan kepada ku tentang kiamat'. Nabi SAW menjawab: ' Jika hamba perempuan telah melahirkan tuanyan, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki,tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan'. Kemuadian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih dalam tercenggang (beberapa lama). Kemudian Nabi SAW berkata : ' Dia lah Jibrail. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu'.
( Riwayat Muslim no. 8, Abu Daud no 4695 )

Wednesday, 6 April 2011
Hadis 1 - Pahala dan amal bergantung pada niat.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin Al Khatab r.a berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kapada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan nya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak di nikahinya, dia akan mendapat apa yang di niatkan nya."
Hadis ini menerangkan bahawa setiap perbuatan atau amalan manusia itu bergantung kepada niatnya. Kita hendaklah ikhlas dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagian didunia dan pahala diakhirat.

HADIS 40 DARI IMAM NAWAWI.
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat/baca melalui buku. Saya akan tulis di dalam blog ini setiap buku atau artikel yang saya baca. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Buat masa ini saya sedang membaca buku Hadis 40 dari Imam Nawawi terbitan Telaga Biru dan penulisnya En. Zahazan Mohamad dan En. Muhammad Zakaria.
Subscribe to:
Posts (Atom)